Jumlah mangsa banjir di Sabah berkurangan

Jumlah mangsa banjir di Sabah berkurangan

Ia berkurangan kepada 396 daripada 124 keluarga berbanding 400 orang daripada 125 keluarga pagi tadi.

Banjir Sabah 14FEB
Setakat 4 petang tadi, sebanyak 242 orang daripada 73 keluarga dipindahkan di Penampang manakala di Beaufort melibatkan 154 orang daripada 51 keluarga. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah berkurangan kepada 396 orang daripada 124 keluarga petang ini, berbanding 400 orang daripada 125 keluarga pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, setakat 4 petang sebanyak 242 orang daripada 73 keluarga dipindahkan di Penampang manakala di Beaufort melibatkan 154 orang daripada 51 keluarga.

“Di Penampang, mangsa ditempatkan di tiga PPS iaitu Kompleks Sukan Penampang (31 orang, lima keluarga), Dewan Huguan Siau (147 orang, 49 keluarga) dan Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis (64 orang, 19 keluarga),” menurut JPBN Sabah dalam kenyataan hari ini.

Semua mangsa di Beaufort berlindung di Pusat Pemindahan Kekal Selagon.

“Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir iaitu 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.