
Ketua Polis Yan, Mohamad Hamizi Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat pada 9.40 malam tadi.
“Kejadian membabitkan seorang lelaki berumur 30 tahun dan seorang wanita 28 tahun yang ditemui mati dengan kesan kecederaan pada badan akibat ditikam menggunakan senjata tajam.
“Wanita itu ditemui di tempat duduk hadapan penumpang Proton Wira di depan sebuah rumah, manakala lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan tertiarap di atas jalan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat hubungan wanita dan lelaki itu.
“Kita sedang mengenal pasti suspek yang terlibat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk tindakan lanjut.”