
Jabatan Bomba Sabah berkata, mayat lelaki itu ditemukan di tingkat bawah rumahnya pada 10.35 pagi.
“Lelaki itu berjaya dikeluarkan pada 10.45 pagi dan bomba dengan polis serta penduduk kampung mengangkat mangsa sejauh 750m ke kawasan selamat.
“Mangsa diserahkan kepada polis dan operasi tamat pada 11.30 pagi,” katanya menurut Bernama.
Semalam, bomba Sabah menerima laporan dua mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu, namun seorang wanita berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.
Pihak berkuasa berdepan kesukaran ke lokasi kejadian kerana laluan terhalang akibat banjir dan tanah runtuh, selain perlu berjalan sejauh tiga kilometer untuk sampai ke kawasan kejadian.