Tak mahu ke sekolah, pelajar reka repot konon hampir diculik

Tak mahu ke sekolah, pelajar reka repot konon hampir diculik

Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata murid itu berbuat demikian selepas kasut terkena najis kucing.

Mohd Iqbal Ibrahim
Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim beri amaran keras kepada pelajar itu dengan pihak berkuasa memutuskan tiada siasatan susulan kerana dia masih bersekolah.
PETALING JAYA:
Pelajar Tingkatan Satu sanggup membuat laporan palsu konon ada cubaan culik terhadapnya sebagai alasan enggan ke sekolah.

Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim, berkata siasatan mendapati pelajar lelaki itu berbuat demikian selepas kasut dipakai terkena najis kucing.

Beliau berkata, terdahulu polis menerima laporan dibuat mangsa pada 9.22 pagi tadi berhubung cubaan diculik ketika sedang berjalan kaki ke sekolah.

“Siasatan mendapati mangsa telah memberitahu bapanya yang berumur 37 tahun mengenai perkara itu sebelum kedua-dua mereka hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam bagi memberikan keterangan tentang kes cubaan culik itu.

“Soal siasat yang dijalankan mendapati laporan yang dibuat oleh mangsa adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan tidak diteruskan disebabkan mangsa masih lagi bersekolah, selain amaran keras telah diberikan kepada pelajar itu serta bapanya berhubung laporan palsu tersebut.

Iqbal menasihati mana-mana individu agar tidak membuat sebarang laporan palsu kerana jika sabit kesalahan boleh disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan dihukum penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tular laporan polis dibuat seorang pelajar berkaitan cubaan diculik ketika sedang berjalan kaki ke sekolah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.