Lelaki tertimbus dalam tanah runtuh di Penampang

Lelaki tertimbus dalam tanah runtuh di Penampang

Bomba berdepan kesukaran untuk ke lokasi kejadian susulan arus deras.

tanah runtuh panampang
Dua mangsa tertimbus dengan seorang daripadanya diselamatkan orang awam.
PENAMPANG:
Seorang lelaki tertimbus dalam tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah di Kampung Sarapung, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba Sabah memaklumkan, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 6.10 petang tadi memaklumkan dua individu terlibat dalam kejadian itu.

Menurutnya, seorang daripada mangsa iaitu wanita berjaya diselamatkan orang awam dan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, identiti kedua-dua individu itu belum dikenal pasti berikutan kesukaran pasukan daripada Balai Bomba Penampang untuk sampai ke tempat kejadian.

“Pasukan bomba mengalami kesukaran untuk sampai di lokasi berikutan berlaku tanah runtuh dan arus air (banjir) yang deras. Maklumat mangsa masih belum diperolehi,” katanya kepada Bernama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.