KKM rangka memorandum haram vape

KKM rangka memorandum haram vape

Butiran dan fasa pelaksanaan pengharaman vape akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri setelah memo selesai dirangka.

vape
Memorandum berhubung pengharaman vape dilapor akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri selewat-lewatnya hujung tahun ini.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang merangka memorandum Jemaah Menteri mengenai pengharaman rokok elektronik atau vape.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata butiran dan fasa pelaksanaan pengharaman vape akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri setelah memorandum selesai dirangka.

“Perdana Menteri Anwar Ibrahim sangat menyokong usaha ini dan meminta saya memastikan bahawa ia teratur,” katanya lapor Bernama.

Bercakap pada sidang media, selepas majlis di Hospital Pusrawi di ibu negara, Dzulkefly meminta semua pihak bersabar menunggu pengumuman lanjut.

“Saya tidak boleh mendahului keputusan yang akan dibuat oleh Jemaah Menteri,” katanya.

Pada 23 Ogos lepas, Dzulkefly dilaporkan berkata memorandum berhubung pengharaman vape akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Katanya, KKM telah membentangkan laporan cadangan awal jawatankuasa kepakaran dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.