
Majistret Khairatul Animah Jelani membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, untuk memindahkan kes dihadapi M Sri Darvien dan teman wanitanya, V D Thineswary, masing-masing berusia 19 tahun, lapor Berita Harian.
Sri Darvien yang juga penganggur didakwa membunuh Maniishapriet di sebuah kondominium di Cyberjaya, di sini antara 9.11 malam sehingga 11.31 malam, pada 23 Jun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati, atau jika tidak dihukum mati boleh dipenjara maksimum 40 tahun dan 12 kali sebatan.
Thineswary yang juga rakan serumah mangsa pula didakwa bersubahat dengan Sri Darvien di lokasi dan hari yang sama.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sama dengan Sri Darvien.