
Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata setakat ini tiada penurunan dalam permintaan eksport LNG, kerana langkah kawalan keselamatan telah dilaksanakan sepenuhnya di kawasan strategik berkenaan.
“Setakat ini tidak timbul isu penurunan permintaan eksport. Ia dipandang serius kerana kawasan itu sangat strategik dan berbahaya jika berlaku ancaman.
“Apabila terdapat ugutan, Petronas memaklumkan kepada saya dan kita telah mengerahkan pasukan polis serta keselamatan untuk mengawal keadaan sepenuhnya,” katanya menurut Bernama selepas menghadiri program PKR Sarawak, di Kuching.
Pada Isnin, media melaporkan kerajaan mengarahkan semua fasiliti LNG milik Petronas mengetatkan kawalan keselamatan serta-merta, susulan ugutan diterima seorang pegawainya di Bintulu bagi membolehkan siasatan segera dilakukan.