Disyaki seleweng dana bantuan B40, guru besar ditahan

Disyaki seleweng dana bantuan B40, guru besar ditahan

SPRM siasat kes seleweng dana untuk bantu golongan B40 melalui program MyKasih.

macc sprm
Seorang guru besar ditahan SPRM dalam siasatan kes seleweng dana sebuah yayasan.
PETALING JAYA:
Seorang guru besar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana untuk membantu golongan B40 melalui program MyKasih, menurut laporan.

Media difahamkan wanita berusia lingkungan 50-an itu menggunakan kedudukannya untuk menyeleweng dana sebuah yayasan, pada 2021, membabitkan jumlah kira-kira RM16,000.

Pengarah SPRM Selangor, Azwan Ramli, dilapor berkata wanita itu ditahan hari ini. Kes disiast mengikut Seksyen 23 SPRM.

“Suspek akan didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam esok,” katanya kepada Berita Harian.

Laporan sama mengatakan siasatan dibuat susulan laporan daripada orang awam dan pihak berkepentingan.

Terdahulu, suspek dipanggil ke SPRM Selangor untuk memberi keterangan petang tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.