Pemuda Bersatu tubuh Majlis Perunding Kebijakan

Pemuda Bersatu tubuh Majlis Perunding Kebijakan

Pemimpin Pemuda Bersatu Harris Idaham Rashid berkata majlis itu akan menghimpunkan golongan profesional muda pelbagai kaum bagi mencadangkan dasar melibatkan kepentingan kelompok itu.

Perasmian Sayap-sayap BERSATU
Pemuda Bersatu putuskan lima perkara penting pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) sayap berkenaan, Sabtu lalu.
PETALING JAYA:
Pemuda Bersatu menubuhkan Majlis Perunding Kebijakan yang berperanan menghimpunkan golongan profesional muda pelbagai kaum bagi menggubal dan mencadangkan dasar melibatkan kepentingan kelompok itu.

Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Harris Idaham Rashid berkata penubuhan majlis itu antara keputusan penting Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) sayap berkenaan yang berlangsung, Sabtu lalu.

Harris Idaham Rashid.

“Majlis Perunding Kebijakan Pemuda Bersatu akan berperanan sebagai wadah strategik untuk mengumpulkan pandangan profesional muda bagi menghasilkan cadangan dasar serta polisi menyentuh isu anak muda secara inklusif dan progresif,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Harris Idaham, sayap itu turut mengangkat cadangan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri bagi parti berkenaan ke ke Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) untuk dipertimbangkan.

“Kami berharap parti komponen PN dapat menghormati keputusan Bersatu itu.

“Kami juga akan memulakan jelajah libat urus bersama segmen anak muda di seluruh negara bermula Oktober ini, memperkukuh Briged Pemuda dengan persiapan jentera misi bantuan banjir, termasuk pembelian aset serta kemudahan operasi menyelamat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga akan memberi tumpuan seriu kepada PRN Sabah dengan menggerakkan jentera di beberapa kawasan tumpuan bagi meningkatkan peluang kemenangan PN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.