
Penghargaan daripada The New Charismatic Successful Entrepreneur Award (TNCSEA), baru-baru ini, membuktikan komitmen jangka panjang syarikat terutama dalam segmen penyelesaian pengurusan rantaian bekalan pintar bertaraf global.
Ia juga menyerlahkan pertumbuhan kukuh syarikat serta kepimpinannya dalam industri.
Pengurus Besar BEST Inc. Malaysia, Gavin Lu, berkata penghargaan tersebut bukan sahaja pengiktirafan tinggi terhadap kebolehan profesional dan kualiti perkhidmatan pasukannya, malah bukti pencapaian luar biasa dicapai dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Dengan jumlah kargo mencatatkan pertumbuhan tahunan 500% dan perkhidmatan kini meliputi lebih 1,000 pelanggan, ia sekali gus mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju industri.
“Seiring dengan BEST Inc. Malaysia mempercepatkan pembangunan ke arah pendigitalan pintar dan integrasi saluran-omni, penghargaan ini menjadi dorongan kuat untuk kami terus memperkukuh kehadiran di pasaran Malaysia serta meningkatkan lagi penyelesaian logistik bersepadu kami,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, penghargaan itu menyerlahkan lagi inovasi serta kekuatan syarikat dalam perkhidmatan rantaian bekalan bersepadu.
“Sebagai peranan penting dalam strategi BEST Inc. di Asia Tenggara, BEST Inc. Malaysia sejak awal kemasukannya ke pasaran telah komited menyediakan pelanggan dengan penyelesaian menyeluruh meliputi penghantaran kargo dan ekspres, perkhidmatan pergudangan, serta logistik rentas sempadan,” katanya.
“Dengan rangkaian yang meluas, sistem digital pintar, dan perkhidmatan pelanggan premium, syarikat ini telah menonjol dalam industri logistik yang sangat kompetitif.”
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan logistik kami, sila layari laman web rasmi di www.best-inc.my atau hubungi kami melalui e-mel di [email protected].