PM hulur sumbangan kepada veteran tentera

PM hulur sumbangan kepada veteran tentera

Sumbangan tunai serta bakul makanan diberikan kepada Yusuf Awang sebagai penghargaan atas segala pengorbanannya.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi menziarahi Yusuf Awang di kediamannya di Kampung Alor Ladang, Beserah, Kuantan, Pahang. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Yusuf Awang yang menghidap masalah saraf kaki.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Yusuf di kediamannya di Kampung Alor Ladang, Beserah di Kuantan, Pahang.

Farhan berkata, sumbangan tunai serta bakul makanan diberikan kepada Yusuf sebagai penghargaan atas segala pengorbanannya.

“Pak cik Yusuf diuji dengan masalah saraf kaki yang membataskan langkahnya saban hari. Namun, di sebalik kelemahan itu terserlah kekuatan jiwa seorang perwira yang pernah berdiri gagah mempertahankan tanah air.

“Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, ketabahan, dan keberkatan dalam hidupnya. Pengorbanan insan seperti pak cik Yusuf inilah yang menjadi asas kepada nikmat keamanan yang kita kecapi pada hari ini,” katanya menerusi hantaran Facebook turut dikongsikan Anwar hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.