
Beliau berkata, pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 dirangka dengan teliti bagi memastikan majoriti rakyat yang layak tidak terjejas.
“Kerajaan turut bekerjasama dengan syarikat stesen minyak untuk memastikan sistem bayaran menggunakan MyKad dapat digunakan ketika membuat pengisian bahan api sebaik saja (penyasaran) subsidi RON95 dilaksanakan akhir bulan ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Rose Suryati Alang mengenai pendekatan terkini bagi subsidi minyak dan kelancaran pelaksanaannya.
Amir Hamzah yang turut menjalankan tugas dan fungsi menteri ekonomi berkata, kerajaan akan menggunakan sistem PADU untuk menentukan hanya rakyat benar-benar layak menerima manfaat subsidi.
“Kita akan umum dan laksanakan akhir bulan ini dengan jaminan rakyat yang layak akan menerima subsidi seperti sepatutnya.”