9 individu direman seminggu berkait kes polis ditembak, mayat dalam kereta

9 individu direman seminggu berkait kes polis ditembak, mayat dalam kereta

Perintah reman sehingga Ahad ini dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

handcuff
Sembilan termasuk seorang wanita direman seminggu susulan penemuan mayat wanita dalam kenderaan bersama suspek yang menikam dan menembak anggota polis.
PETALING JAYA:
Sembilan termasuk seorang wanita direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian mayat wanita ditemukan dalam kenderaan bersama suspek yang menikam dan menembak anggota polis di Simpang Pulai, Perak.

Perintah reman sehingga Ahad ini dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini selepas membenarkan permohonan polis.

Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 kerana membunuh serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) iaitu kerana percubaan membunuh.

Suspek wanita direman mengikut Seksyen 302 KK manakala lapan suspek lelaki direman mengikut Seksyen 307 kanun yang sama, menurut Harian metro.

Semalam, polis dilaporkan menahan enam individu bagi membantu siasatan selepas anggota polis berpangkat konstabel cedera ditembak seorang lelaki yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan mayat seorang wanita di tempat duduk penumpang belakang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.