
Dalam jemputan media, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pertuduhan itu akan dibuat pada 9 pagi.
Pada April lalu, dilaporkan empat individu terdiri tiga lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 50-an hingga 70-an ditahan agensi itu bagi membantu siasatan berhubung tuntutan mengandungi matan palsu hampir RM360 juta.
Siasatan awal mendapati tuntutan palsu dipercayai dilakukan pada 2016 hingga 2017, berkaitan dana sukuk projek bina lebuh raya bernilai kira-kira RM1.3 bilion.
Seramai 61 saksi dipanggil membantu siasatan, manakala 14 akaun individu dan lapan akaun syarikat dibekukan melibatkan RM156 juta.
SPRM juga menyoal siasat seorang tokoh korporat bergelar Tan Sri yang sebelum ini merupakan suspek utama kes.