Jualan SARA capai RM100 juta

Jualan SARA capai RM100 juta

Kementerian Kewangan berkata kadar transaksi berjaya meningkat kepada 99.9% berbanding 99% kelmarin.

SARA BANTUAN 100
Bantuan SARA disalurkan secara sekali beri melalui MyKad bermula 31 Ogos memberi manfaat kepada 22 juta rakyat melibatkan peruntukan RM2 bilion.
KUALA LUMPUR:
Hari ketujuh pelaksanaan penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM100 juta melibatkan 1.7 juta penerima setakat 10.30 malam tadi.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan kadar transaksi berjaya meningkat kepada 99.9% berbanding 99% kelmarin.

“Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang enam hari lepas telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai pada hari ini (semalam).

“Secara keseluruhan sejak pelaksanaan penghargaan SARA pada 31 Ogos lepas, lebih 10 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit penghargaan SARA dan SARA bulanan dengan jumlah perbelanjaan rakyat daripada tujuh hari mencecah RM641.9 juta di seluruh negara,” menurut kenyataan.

Bantuan SARA yang disalurkan secara sekali beri melalui MyKad bermula 31 Ogos itu memberi manfaat kepada 22 juta rakyat, melibatkan peruntukan RM2 bilion.

SARA diberikan kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira kategori B40, M40 atau T20 yang boleh ditebus secara tanpa tunai di pasar raya terpilih menggunakan MyKad masing-masing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.