PM bayang dasar baharu SARA diumum pada Belanjawan 2026

PM bayang dasar baharu SARA diumum pada Belanjawan 2026

Anwar Ibrahim ulas penambahbaikan sistem Sumbangan Tunai Rahmah.

anwar ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata prestasi sistem pelaksanaan bantuan penghargaan SARA kini berjalan baik dan lancar. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sebarang ikhtiar atau dasar baharu berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2026, Oktober ini.

Anwar yang juga menteri kewangan mengulas penambahbaikan sistem SARA.

Katanya, prestasi pelaksanaan bantuan penghargaan SARA kini berjalan baik dan lancar.

“Saya tengok kalau setakat tadi bukan satu, (tapi) tujuh atau lapan (pembelian) yang saya tengok, nampak berjalan baik. Cuma hari pertama, kedua ada ‘glitch’ (gangguan sementara) sikit, sekarang nampak lancar.

“Sekarang dah tak ada masalah…dah empat, lima hari, tak ada satu aduan pun lagi,” katanya menurut Bernama semasa melakukan tinjauan sempena Program Outreach SARA 2025 di sebuah pasar raya, di Baling.

Sementara itu, Anwar berkata pelaksanaan bantuan penghargaan SARA RM100 tidak tertumpu kepada pasar raya besar sahaja, tetapi turut merangkumi kedai runcit dan pasar raya di kawasan luar bandar.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, kerajaan mengumumkan pemberian sekali beri RM100 kepada semua warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas di bawah program SARA, yang disalurkan terus melalui MyKad.

Inisiatif berkenaan memberi manfaat kepada 22 juta rakyat melibatkan tambahan RM2 bilion, menjadikan peruntukan keseluruhan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA tahun ini mencecah RM15 bilion, tertinggi dalam sejarah bantuan tunai negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.