
Ketua Polis Tuaran, Noraidin Ag Maidin, berkata MPV dinaiki mangsa dari arah Kota Kinabalu menuju Kota Belud itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
“Keadaan itu menyebabkan MPV berkenaan merempuh lori membawa muatan batu dari arah Tuaran menuju Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, semua mangsa tersepit dalam kenderaan berjaya dikeluarkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran sebelum mayat mereka dibawa ke Hospital Tuaran untuk bedah siasat.
Katanya, setakat ini polis telah merakam percakapan beberapa individu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik IPD Tuaran, Haffiz di talian 011-61600964 atau ke balai polis berhampiran.
Dalam kejadian 2.09 petang semalam, lima penuntut lelaki dalam lingkungan 20-an maut di tempat kejadian selepas MPV dinaiki mereka bertembung sebuah treler.