Mesin padi jatuh sungai, 1 masih hilang

Mesin padi jatuh sungai, 1 masih hilang

Tiga lagi mangsa terselamat dalam kejadian di hadapan SMK Sanglang dekat Jitra.

mesin padi terjunam
Sebuah mesin padi terjunam dalam sungai dalam kejadian di Sanglang, petang ini. (Gambar Mahdzir Hasan Det)
PETALING JAYA:
Lelaki dikhuatiri lemas selepas sebuah mesin padi terjatuh dalam sungai dalam kejadian di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang, dekat Jitra.

Ketua Balai Bomba Jitra, Noor Azhar Tajudin, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 3.40 petang tadi.

“Tiga daripada mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang mangsa masih hilang.

“Setakat ini operasi masih dilakukan di lokasi kejadian dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Jitra untuk mencari mangsa di permukaan air,” katanya kepada Berita Harian.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kubang Pasu, Mohd Radzi Abdul Rahim, berkata operasi masih diteruskan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.