Lelaki meninggal tertimbus ketika tanam paip di UMS

Lelaki meninggal tertimbus ketika tanam paip di UMS

Mangsa terperangkap dalam runtuhan sedalam tiga meter.

tertimbus ketika kerja
Bomba membawa naik mangsa yang tertimbus ketika kerja menggali dan menanam paip UMS. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Lelaki maut tertimbus ketika menjalankan kerja menggali dan menanam paip di kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS), tengah hari tadi.

Mangsa berusia 22 tahun dipercayai terperangkap dalam runtuhan tanah sedalam tiga meter.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, berkata lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

“Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tanah runtuh berkenaan pada 1.45 tengah hari sebelum ke lokasi kejadian sejauh 14km,” katanya menurut Bernama.

Bomba mengeluarkan mangsa dengan menggali tanah di tempat kejadian dan membawanya naik menggunakan pengusung sebelum diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Seramai 12 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu bersama jentera dengan operasi tamat pada 2.50 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.