PH hormat keputusan BN tak kerjasama dengan GRS, kata Anwar

PH hormat keputusan BN tak kerjasama dengan GRS, kata Anwar

Pengerusi PH berkata namun partinya akan terus mengadakan perbincangan dengan dua gabungan itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Pengerusi PH Anwar Ibrahim tetap mendoakan mudah-mudahan ada bentuk ‘kesepakatan’ antara BN-GRS. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pakatan Harapan (PH) akan terus berbincang dengan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) walaupun dua parti itu memutuskan tidak bekerjasama menjelang PRN Sabah akan datang.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata beliau menghormati keputusan Umno, namun menegaskan PH akan meneruskan rundingan dengan antara kedua gabungan berkenaan.

Katanya, Pengerusi BN Zahid Hamidi ada memaklumkan perundingan dengan GRS tidak menampakkan penyelesaian.

“Zahid ada memaklumkan kepada saya dalam perundingan itu nampak buntu.

“Kita doakan mudah-mudahan ada bentuk kesepakatan dan kita hormati keputusan BN. PH akan terus juga berbincang dengan BN dan juga dengan GRS,” katanya menurut Berita Harian di Kuala Lumpur.

Awal hari ini, dilaporkan Zahid yang juga timbalan perdana menteri mengesahkan Umno dan BN tidak akan bekerjasama dengan GRS, pada PRN itu.

Tegasnya, kerjasama dicapai antara BN-PH kekal.

Pada Mei lalu, Anwar mahu kerjasama menjelang PRN Sabah turut melibatkan GRS, bersama PH dan Umno-BN.

DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini, jika bukan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.