
“Belum, saya belum terima lagi,” kata Zahid ringkas ketika ditemui media selepas menyempurnakan sesi dialog Belanjawan 2026 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama pihak berkepentingan peringkat negeri.
Sumber memberitahu FMT yang bekas menteri kesihatan itu menghantar surat rayuan terbabit melalui pegawainya, baru-baru ini.
Difahamkan rayuan itu bakal dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno akan datang.
Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dipecat Umno pada Januari 2023 atas dakwaan pelanggaran disiplin.
Pada 6 Julai, Khairy berkata beliau sedia mempertimbangkan tawaran Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh untuk membantu memudahkannya kembali ke pangkuan parti.
Sebelum itu, Akmal dilaporkan berkata, beliau sedia menjadi jambatan untuk membawa pemimpin Umno digantung dan dipecat Umno termasuk Khairy, Hishammuddin Hussein dan Shahril Hamdan kembali ke pangkuan parti.