Op Pedo: Jaringan antarabangsa main peranan eksploitasi bayi, budak

Op Pedo: Jaringan antarabangsa main peranan eksploitasi bayi, budak

Bukit Aman berkata sukar kesan pemilik mempunyai akses kepada 'dark web'.

m kumar
Pengarah JSJ Bukit Aman, M Kumar S Muthuvelu, berkata tangkapan libat 11 individu termasuk dalang kekal tanpa ada penangkapan lain, dalam operasi di Johor Bahru, antara 19 Julai hingga 19 Ogos lalu.
PETALING JAYA:
Jaringan antarabangsa tidak ditolak memainkan peranan dalam sindiket penjualan kandungan pornografi bayi dan kanak-kanak menerusi aplikasi Telegram serta ‘dark web’, yang ditumpaskan baru-baru ini, kata Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Pengarah M Kumar S Muthuvelu, berkata banyak rakaman video dan gambar penganiayaan seksual kanak-kanak dimuat naik di ‘dark web’ tertentu yang mempunyai jaringan global.

“Siasatan Op Pedo masih berjalan dan polis perlu berdepan dengan musuh tanpa mengetahui siapa mereka.

“Kita mengalami kesukaran mengesan pemilik yang mempunyai akses kepada ‘dark web’ berkenaan,” katanya menurut Berita Harian di Bukit Aman.

Kumar berkata, setakat ini, tiada pembabitan individu lain selain 11 termasuk dalang ditahan di Johor Bahru menerusi Op Pedo, dijalankan antara 19 Julai hingga 19 Ogos lalu.

“Kalau nak kata ada pembabitkan individu lain selain mereka, setakat ini tiada…tetapi yang pasti ‘dark web’ dikendalikan ada pengikutnya,” katanya.

Pada 29 Ogos lalu, satu jaringan pedofilia mengandungi pornografi bayi dan kanak-kanak dalam aplikasi Telegram serta ‘dark web’ terbongkar menerusi penahanan 11 suspek warga asing dan tempatan.

Dalam operasi sama, dua bayi lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan berusia antara dua bulan hingga lima tahun turut diselamatkan. Aktiviti pedofilia itu terbongkar selepas seorang juruteknik lelaki yang dipercayai dalang kegiatan itu ditahan.

Modus operandi digunakan adalah memisahkan bayi baru dilahirkan daripada ibu kandung untuk dijadikan anak angkat sebelum dijadikan mangsa pemuas nafsu dan ‘model’ kandungan lucah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.