Lelaki kemalangan lepas curi van jenazah

Lelaki kemalangan lepas curi van jenazah

Van jenazah itu berlanggar lori dalam cubaan melarikan kenderaan milik sebuah surau dekat Kulai.

Lelaki kemalangan lepas curi van jenazah fb pic 4925
Ketua Polis Kulai Tan Seng Lee, berkata lelaki itu diberkas selepas van jenazah dicuri kemalangan dengan suspek cedera pada muka dan kaki. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Lelaki dipercayai mencuri van jenazah dari sebuah surau ditahan selepas kenderaan itu terbabit kemalangan di Jalan Skudai, Johor Bahru.

Ketua Polis Kulai Tan Seng Lee, berkata van jenazah jenis Toyota Hiace milik Surau Nurul Haq di Jalan Besar Sungai Sayong dekat Kulai itu, disyaki dicuri suspek berusia 21 tahun, antara 1 hingga 2 pagi tadi.

Beliau berkata, lelaki terbabit kemudian terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika melarikan van itu kira-kira 2.30 pagi.

“Suspek hanya cedera ringan pada muka dan kaki,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati lelaki itu memiliki 14 rekod jenayah lampau dan dia disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Tan berkata, pihaknya sedang mengesan tiga lagi individu yang dipercayai turut terlibat dalam kes berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.