Kontraktor mengaku tak salah lepaskan tembakan di kuil

Kontraktor mengaku tak salah lepaskan tembakan di kuil

Kesalahan dilakukan di kuil penganut Sri Muniandy Swamy, Ladang Bukit Badong, Bestari Jaya, pada 11.30 pagi, 31 Ogos lalu.

Lelaki lepas tembakan
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki melepaskan tembakan ketika upacara di kuil.
PETALING JAYA:
Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Selangor atas tuduhan melepaskan tembakan, akhir bulan lalu.

P Sivakumaran, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanua di depan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Tertuduh didakwa melepaskan tembakan ke udara dan bukan di padang tembak, lapor Berita Harian.

Kesalahan itu dilakukan di kuil penganut Sri Muniandy Swamy, Ladang Bukit Badong, Bestari Jaya, pada 11.30 pagi, 31 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 43 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM 2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zaki Mohd Zahid yang memohon jaminan RM5,000 bagi pertuduhan dengan mengambil kira kepentingan awam dan liputan kes.

Bagaimanapun, peguam Ayasamy Velu merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan tertuduh mengalami masalah ‘slip disc’ dan asma, selain memberi kerjasama kepada pegawai penyiasat.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 7 Okt ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.