Sindiket guna Facebook menyamar NSRC

Sindiket guna Facebook menyamar NSRC

Polis berkata NSRC tiada akaun media sosial termasuk Facebook dan hanya berfungsi sebagai pusat panggilan menerima aduan menerusi talian 997.

rusdi mohd isa
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Rusdi Mohd Isa berkata sindiket menggunakan nama NSRC bagi ‘memancing’ maklumat peribadi mangsa dan mendapatkan wang secara tidak sah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis mengesan dua akaun Facebook menggunakan nama Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) palsu dan menyamar pihak berkuasa untuk memperdaya mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Rusdi Mohd Isa, berkata sindiket itu menggunakan nama NSRC bagi ‘memancing’ maklumat peribadi mangsa dan mendapatkan wang secara tidak sah.

“NSRC tidak mempunyai sebarang akaun media sosial termasuk Facebook, malah pusat itu berfungsi sebagai pusat panggilan yang hanya menerima aduan menerusi talian 997.

“NSRC beroperasi secara komunikasi sehala, iaitu hanya menerima panggilan daripada orang awam. Pusat ini tidak akan menghubungi individu melalui telefon atau menggunakan aplikasi pesanan seperti WhatsApp,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau mengingatkan orang ramai bahawa sebarang panggilan atau mesej mendakwa daripada NSRC adalah penipuan semata-mata.

Beliau menggesa mangsa segera menghubungi NSRC di talian 997 bagi melaporkan sebarang penipuan.

“Sebaiknya, panggilan hendaklah dibuat dalam tempoh kurang 24 jam agar peluang membuat sekatan wang yang dipindahkan lebih tinggi.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.