
Kementerian Kewangan memaklumkan, hari keempat pelaksanaan inisiatif itu berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM117.1 juta.
Jumlah ini melibatkan 1.8 juta penerima berbanding hanya RM76.8 juta oleh 1.1 juta penerima semalam, tambahnya.
“Kadar transaksi berjaya juga meningkat kepada 99.7% berbanding dengan 95% semalam,” katanya dalam kenyataan.
“Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang tiga hari lalu menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai pada hari ini.”
Pada 23 Julai lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pengagihan RM100 secara sekali beri kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun di bawah program SARA, memberi manfaat kepada 22 juta orang dengan peruntukan RM2 bilion.
Pembelian menggunakan pemberian kredit melalui MyKad itu terpakai untuk barangan keperluan berdasarkan 14 kategori produk terpilih.
Perdana menteri berkata, pemberian sempena sambutan Hari Kebangsaan itu merupakan ikhtiar segera bagi meringankan beban sara hidup, selain penghargaan kepada rakyat.
Kredit RM100 di bawah Penghargaan SARA boleh digunakan sehingga 31 Dis tahun ini di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.