
Sinar Harian melaporkan perintah reman sehingga Selasa depan terhadap lelaki 22 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Aiza Khairuddin.
Menurut sumber, ibu mangsa yang juga anggota tentera melihat kesan lebam pada beberapa bahagian badan anaknya berusia 12 tahun pada Selasa.
Wanita berusia 42 tahun itu kemudian menghubungi tertuduh yang mengaku merotan anaknya kerana mendakwa sukar dikawal dan tidak mendengar arahan.
Beliau yang tidak berpuas hati kemudian membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah dan membawa mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.
Sepasukan anggota polis ke pusat tahfiz itu untuk menahan lelaki terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Pemangku Ketua Polis Alor Gajah, Azrul Mohamed dipetik Sinar Harian mengesahkan menerima laporan itu.