2 maut nahas di Lebuhraya Pan Borneo

2 maut nahas di Lebuhraya Pan Borneo

Seorang lelaki berusia 40-an yang juga pemandu SUV parah.

Keadaan SUV dinaiki tiga mangsa selepas terbabas dekat Kampung Melayu Ulu di Lebuhraya Pan Borneo Betong-Sarikei semalam. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua maut dan seorang lagi parah selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas dekat Kampung Melayu Ulu di Lebuhraya Pan Borneo Betong-Sarikei, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada 5.58 petang Selasa.

Beliau berkata, tiga mangsa tersepit dalam SUV itu dan pihaknya mengambil kira-kira sejam untuk mengeluarkan mereka.

“Pemeriksaan anggota paramedik Kementerian Kesihatan mengesahkan dua wanita berusia lingkungan 20-an dan 40-an meninggal dunia di lokasi kejadian, namun identiti lengkap belum dikenal pasti,” katanya menurut Berita Harian.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 40-an yang juga pemandu SUV itu parah dan dihantar ke Hospital Betong bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, mayat dua penumpang wanita itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.