Wanita ditahan keluar ucapan hasutan pada himpunan ‘Justice for Zara’

Wanita ditahan keluar ucapan hasutan pada himpunan ‘Justice for Zara’

Suspek ditahan bagi membantu siasatan bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.

Himpunan Merdeka Gelap
Protes awam diadakan sejak Julai di seluruh negara susulan kematian pelajar Tingkatan Satu di Sabah, Zara Qairina Mahathir pada Julai.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun kerana dipercayai mengeluarkan ucapan berbaur hasutan semasa Himpunan Solidariti ‘Justice For Zara’ di Tawau Ahad lepas.

Ketua Polis Tawau Jasmin Hussin berkata, suspek diberkas kira-kira 12.30 tengah hari tadi di kawasan Batu 4, Jalan Apas.

Penahanan boleh dibuat walaupun tanpa waran dan polis sedang merakam percakapan suspek bagi melengkapkan siasatan, tambahnya.

“Wanita tersebut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Jasmin berkata, kertas siasatan dibuka susulan tiga laporan mengenai ucapan suspek yang didakwa berunsur hasutan terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Musa Aman dalam himpunan tersebut.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti pihak tertentu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.