Polis tahan lelaki lepas tembakan di kuil

Polis tahan lelaki lepas tembakan di kuil

Polis berkata suspek melepaskan beberapa das tembakan ke udara ketika upacara sembahyang sedang berjalan.

Lelaki lepas tembakan
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki melepaskan tembakan ketika upacara di kuil.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki kerana melepaskan beberapa das tembakan ke udara ketika upacara sembahyang tahunan di sebuah kuil di Ladang Bukit Badong, Bestari Jaya, semalam.

Ketua Polis Kuala Selangor, Azaharudin Tajudin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung video tular yang memaparkan insiden itu pada 3.50 petang semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku lebih kurang 11.30 pagi, kelmarin.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis Bahagian Jenayah IPK Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Selangor menangkap suspek di Petaling Jaya pada 8 malam bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, suspek direman tiga hari bermula hari ini hingga 4 Sept.

“Polis masih meneruskan siasatan dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berhubung dengan pegawai penyiasat Mohamad Ikhwan Mohd Zuki,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.