Cuba serang Sultan Perak, wanita direman 3 hari

Cuba serang Sultan Perak, wanita direman 3 hari

Wanita mempunyai rekod rawatan psikiatri itu ditahan selepas masuk melalui tepi pentas ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Perak semalam.

handcuff
Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata wanita itu direman tiga hari sehingga Rabu ini untuk disiasat mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan. (Gambar Freepik)
IPOH:
Seorang wanita tempatan direman tiga hari kerana cuba menyerang Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Perak semalam.

Ketua Polis Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata tempoh reman bermula hari ini hingga Rabu dikeluarkan Majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.

Terdahulu, wanita 41 tahun itu tiba di pekarangan IPD Ipoh kira-kira 10.15 pagi diiring seorang anggota polis.

Wanita yang mempunyai rekod rawatan psikiatri itu ditahan pengawal keselamatan bertugas, selepas masuk melalui tepi pentas ketika lagu kebesaran negeri Perak berkumandang pada sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Perak di Ipoh semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.