
Ketua Polis Marang, Mohd Sofian Redzuan, berkata dalam kejadian 3.30 petang tadi, bekas tentera Abdul Rahim Mustaffa, 47, dan suri rumah Norhasriah Che Osman, 46, dari Pulau Kerengga di sini, keluar menangkap ikan menggunakan bot bersaiz 6m.
“Siasatan awal mendapati mangsa keluar ke laut pada 7.45 pagi. Mayat mereka ditemui nelayan tempatan pada jarak 3km hingga 4km dari Pantai Merchang.
“Norhasriah ditemui pada 4.30 petang, manakala suaminya pada 4.45 petang,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, mayat pasangan itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Beliau menasihatkan nelayan dan orang awam sentiasa merujuk ramalan cuaca sebelum ke laut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini kerana cuaca di perairan Kuala Merchang sejak 28 Ogos tidak menentu dengan laut bergelora dan angin kencang.