Jenazah pelatih Palapes selamat dikebumi semula

Jenazah pelatih Palapes selamat dikebumi semula

Jenazah Allahyarham tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu pada 6.09 petang diiringi sepasukan juruiring polis.

Syamsul Haris Shamsudin
Proses bedah siasat kedua jenazah Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin di Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur selesai kira-kira 4 petang tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Jenazah pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin selamat dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu di Semenyih.

Jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan itu pada 6.09 petang diiringi sepasukan juruiring polis.

Ahli keluarga Allahyarham menunggu di luar kawasan perkuburan bersama petugas media sehingga proses pengebumian semula itu selesai.

Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, dilihat berjalan keluar dari tanah perkuburan anaknya kira-kira 6.48 petang bersama peguam dan beberapa ahli keluarga lain.

Tinjauan Harian Metro di lokasi mendapati sepasukan pegawai dan anggota polis bersiap sedia mengawal di sekitar perimeter kawasan perkuburan itu.

Proses bedah siasat kedua jenazah Allahyarham di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur selesai kira-kira 4 petang tadi.

Konvoi membawa jenazah keluar dari pekarangan IPFN pada 5.18 petang dengan van jenazah polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.