
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata jabatan itu mengesan penyebaran hantaran yang bersifat ‘menghina, fitnah, palsu dan mengelirukan’ berkait Yang Dipertua Negeri Sabah itu.
“Hantaran ini mengandungi maklumat yang tidak berasas dan tidak tepat sama sekali, serta berisiko menjejaskan keyakinan serta kepercayaan awam terhadap institusi ini.
“Walaupun kebebasan bersuara diiktiraf dan dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan, ia mesti diamalkan secara bertanggungjawab,” katanya.
Soh menegaskan bahawa penyebaran hantaran sebegitu secara sengaja boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah serius.
Beliau berkata institusi ketua negeri mesti dihormati sebagai simbol perpaduan, kesinambungan dan kedaulatan, dan maruah serta kehormatannya harus dilindungi bersama.