SPRM tahan pegawai kanan DBKL, 2 kontraktor

SPRM tahan pegawai kanan DBKL, 2 kontraktor

Penahan itu dipercayai berkait perolehan membabitkan sebuah projek teknologi maklumat

macc sprm
SPRM dijangka membawa ketiga-tiga suspek ke Mahkamah Putrajaya pagi esok untuk mendapatkan perintah reman.
PETALING JAYA:
Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dua kontraktor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.

Penahan ketiga-tiga individu itu dipercayai berkait perolehan membabitkan sebuah projek teknologi maklumat (IT), lapor Berita Harian.

Pegawai yang menjawat jawatan lima teratas DBKL itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya petang tadi.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek itu akan dibawa ke Mahkamah Putrajaya pagi esok untuk mendapatkan perintah reman.

Sumber SPRM yang dihubungi FMT mengesahkan penahanan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.