Kes buli: 6 tamat reman, polis tunggu arahan lanjut

Kes buli: 6 tamat reman, polis tunggu arahan lanjut

Kes disiasat ikut Seksyen 323 KK kerana menyebabkan kecederaan, dan Seksyen 507B KK kerana melakukan perbuatan buli.

buli-sekolah
Enam pelajar ditahan bagi membantu siasatan selepas seorang mangsa dilaporkan dipukul, seluar dilondehkan dan nyaris dijerut dengan dawai sehingga mengalami kecederaan. (Gambar fail)
KOTA BHARU:
Enam pelajar lelaki Tingkatan 4 yang direman berhubung kes buli seorang pelajar Tingkatan 3 di sebuah sekolah di Pasir Mas minggu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Pasir Mas, Kama Azural Mohamed, berkata pembebasan dibuat selepas tempoh reman berakhir, sementara menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

“Tempoh reman keenam-enam suspek tamat hari ini dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis terlebih dahulu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, dan Seksyen 507B Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan buli.

Sebelum ini, enam pelajar terbabit ditahan pada Selasa lepas bagi membantu siasatan selepas mangsa dilaporkan dipukul, seluar dilondehkan dan nyaris dijerut dengan dawai sehingga mengalami kecederaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.