Ketua parti baharu Sabah intai jawatan ketua menteri

Ketua parti baharu Sabah intai jawatan ketua menteri

Jismit Japong berkata Parti Gemilang Anak Sabah yang didaftarkan pada April akan bertanding 55 kerusi pada PRN akan datang.

Jismit Japong berkata partinya mungkin bertanding di Lamag. Kerusi DUN itu dimenangi Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin dengan majoriti kecil pada 2020. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Sebuah parti yang baru ditubuhkan di Sabah menyasarkan bertanding di 55 kerusi dalam PRN, dengan ketuanya Jismit Japong mengintai jawatan ketua menteri.

Jismit berkata, Parti Gemilang Anak Sabah yang didaftarkan pada April sedia bertanding di semua 73 kerusi DUN jika terdapat permintaan daripada rakyat dan calon berwibawa.

Beliau akan bertanding di kerusi Klias, yang kini disandang Isnin Aliasnih daripada PGRS, timbalan menteri dalam kerajaan negeri pimpinan GRS. Jismit hanya memperoleh 86 undi dalam pertandingan enam penjuru pada PRN 2020.

Jismit berkata, parti itu tidak bercadang mencabar presiden parti tempatan lain di kubu kuat mereka, kecuali Lamag, di mana beliau mendakwa terdapat sokongan akar umbi kuat.

Lamag ialah kerusi Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin, yang menang dengan majoriti 661 undi dalam pertandingan lima penjuru pada PRN 2020.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.