Aksi ‘live’ pegawai sendiri tumbuk jurulatih futsal Sabah

Aksi ‘live’ pegawai sendiri tumbuk jurulatih futsal Sabah

Jurulatih skuad futsal Sabah Roger Filipe cuba ditenangkan, namun pengendali Portugal itu menyiku pegawai itu sekali gus mengundang tindak balas.

tumbuk
Jurulatih futsal Sabah, Roger Filipe terbaring di gelanggang selepas ditumbuk pegawai sendiri.
PETALING JAYA:
Aksi penentuan tempat ketiga Piala Futsal Malaysia kecoh apabila jurulatih Sabah Roger Filipe ditumbuk pegawai sendiri selepas bertemu dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), dalam siaran langsung.

Sabah yang selesa mendahului 3-1 terlebih dahulu dikejutkan kebangkitan JDT sebelum tumbang 3-4.

Sejurus wisel penamat, Filipe yang dipercayai berang meluru ke dalam gelanggang dan cuba ditenangkan pegawai pasukan, namun beliau dipercayai bertindak menyiku pegawai itu, menurut Sinar Harian.

Tindakan dipercayai provokasi itu membangkitkan rasa tidak puas hati pegawai berkenaan yang menumbuk pengendali kelahiran Portugal tersebut sehingga terlentang di atas gelanggang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.