
Komunikasi Korporat SKMM berkata, polis meminta syarikat kurier menahan bungkusan itu bagi siasatan lanjut.
Katanya, hasil semakan dengan syarikat kurier mendapati penghantar terbabit berdaftar menggunakan nama samaran dan nombor telefon tertentu sejak Jun lalu.
“Syarikat kurier turut merekodkan 55 aduan terhadap penghantar ini, termasuk 18 kes penghantaran barang tidak dipesan oleh penerima dan 37 kes penghantaran tidak lengkap atau tidak selesai,” katanya menurut Sinar Harian.
SKMM mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada jika menerima bungkusan daripada sumber tidak dikenali atau tidak pernah membuat pesanan.
Ia menasihatkan orang ramai segera menghubungi pihak berkuasa atau syarikat kurier bagi pengesahan lanjut, jika timbul keraguan.
“SKMM memandang serius sebarang bentuk penghantaran mencurigakan yang boleh menimbulkan ancaman dan akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan awam serta integriti institusi terpelihara.”