2 beradik lemas di kolam tadahan

2 beradik lemas di kolam tadahan

Polis berkata mangsa dipercayai keluar bermain dekat kawasan tapak pembinaan bersebelahan rumah sewa keluarga mereka.

lemas drowning
Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata penemuan dua beradik itu dilaporkan melalui panggilan MERS 999 pada 8.33 malam Rabu. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Dua beradik lemas di sebuah kolam tadahan air di kawasan tapak pembinaan di Lebuh Perindustrian Sin Yong Seng, Taman Chemor Ria, Ipoh, kelmarin.

Ketua Polis Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata dua mangsa dipercayai keluar bermain dekat kawasan tapak pembinaan bersebelahan rumah sewa keluarga mereka, sebelum ditemui orang awam dalam kolam tadahan air itu.

Menurutnya, penemuan dua beradik berusia lapan dan sembilan tahun itu dilaporkan melalui panggilan MERS 999 pada 8.33 malam Rabu.

“Kawasan tapak pembinaan itu tidak berpagar dan tiada papan tanda larangan dipamerkan.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia pada 9.39 malam hari sama,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, bedah siasat mengesahkan punca kematian akibat lemas dan kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana terdapat unsur pengabaian kanak-kanak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.