Pesawat tempur terlibat kemalangan di Pahang

Pesawat tempur terlibat kemalangan di Pahang

Tentera udara memaklumkan satu kemalangan melibatkan sebuah F/A-18D berlaku pada 9.05 malam tadi.

Tangkap layar video yang dikaitkan dengan kemalangan melibatkan sebuah F/A-18D di Pahang.
PETALING JAYA:
Sebuah pesawat tempur tentera udara terlibat dalam satu kemalangan malam tadi, menurut kenyataan.

Tentera udara memaklumkan satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah F/A-18D berlaku pada 9.05 malam tadi, di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

“Tentera udara kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan tersebut,” menurut kenyataan.

Tentera udara meminta semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita tidak sahih.

Kerajaan memesan lapan F/A-18D pada 1993, dan semua pesawat buatan Amerika Syarikat ini dihantar oleh Boeing pada 1997 mengikut jadual.

Sementara itu, di media sosial tersebar video yang dikaitkan dengan kejadian ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.