Kabinet akan bincang cadangan tubuh tribunal kes buli

Kabinet akan bincang cadangan tubuh tribunal kes buli

Semalam menteri undang-undang dan reformasi institusi berkata kerajaan akan teliti keperluan gubal Akta Antibuli menekankan penubuhan tribunal bagi dengar kes buli.

anwar ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said akan membawa cadangan penubuhan tribunal kes buli pelajar dan kanak-kanak ke Jemaah Menteri.
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata cadangan penubuhan tribunal bagi kes buli pelajar dan kanak-kanak akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.

Menurutnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said akan mengemukakan cadangan itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Kita akan bincang di Jemaah Menteri,” katanya menurut Bernama selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Semalam, Azalina dilaporkan berkata kerajaan akan meneliti keperluan menggubal Akta Antibuli yang memberi penekanan penubuhan tribunal bagi mendengar kes buli pelajar dan kanak-kanak.

Katanya, ketika ini tiada definisi khusus atau hukuman jelas berkaitan kesalahan buli di bawah mana-mana peruntukan undang-undang.

“Perkataan ‘buli’ tidak dinyatakan secara khusus dalam Kanun Keseksaan, tetapi saya agak lega apabila kita telah meminda dan memperkenalkan Seksyen 507B hingga 507G Kanun Keseksaan,” kata Azalina semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.