
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Mustapha Sakmud berkata, buat masa ini belum ada sebarang keputusan dibuat mengenainya.
“Sekatan keluar negara sedang dalam pertimbangan, tetapi buat masa ini belum ada keputusan.
“Mungkin kita akan kaji semula, tetapi buat masa ini belum ada pertimbangan untuk mengadakan sekatan kepada peminjam,” katanya semasa pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, menurut Harian Metro.
Beliau menjawab soalan tambahan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai adakah kerajaan akan mengembalikan sekatan perjalanan keluar negara bagi peminjam yang enggan membayar pinjaman PTPTN walaupun berkemampuan.
Lim turut bertanyakan mengapa pengecualian pembayaran PTPTN bagi pemegang ijazah sarjana muda kelas pertama dihentikan.
Mustapha berkata, permohonan untuk pengecualian itu akan dibuka semula pada 1 Sept depan memandangkan laman sesawang PTPTN sebelum ini diselenggara.
“Kepada yang berkenaan, boleh membuat permohonan semula terutama yang telah mendapat keputusan (ijazah sarjana muda) kelas pertama,” katanya.
Katanya, skim bermula awal 2001 itu sudah memberi manfaat kepada 133,159 peminjam dengan nilai kira-kira RM2.9 bilion.