
Presiden Bersatu itu berkata, selaku pemimpin yang mewakili golongan belia, Hilman berhak membantah tindakan pihak berkuasa menahan beberapa pemimpin sayap itu di bawah akta tersebut.
“Saya mendoakan agar Hilman dan seluruh barisan kepimpinan serta ahli Pemuda Bersatu terus cekal melawan kezaliman dan hipokrasi,” katanya di Facebook.
Muhyiddin turut menyelar Pakatan Harapan (PH) yang menurutnya sebelum ini berjanji menghapuskan Akta Hasutan.
Terdahulu dilaporkan Hilman akan didakwa pada 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di bawah Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam.
Dalam ucapannya ketika perhimpunan di luar IPD Dang Wangi pada 29 Julai, Hilman membidas penahanan beberapa ahli parti, disyaki berkaitan dengan himpunan ‘Turun Anwar’ beberapa hari sebelum itu.