
Pengerusi, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, berkata pihaknya mencapai keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dalaman.
“Dalam gabungan dibentuk Muhyiddin itu, banyak parti yang terlibat memainkan isu perkauman.
“Sama ada parti Melayu atau parti India, mereka tetap memainkan isu perkauman. Kami berasa sangat tidak selesa berada dalam gabungan semacam itu,” katanya kepada FMT.
Jeyakumar turut berkata, ketika ini menyertai gabungan sedemikian bukan menjadi pilihan PSM.
Katanya, PSM mengambil pendirian parti tidak sepatutnya menyertai mana-mana gabungan, melainkan mereka melaksanakan reformasi gerak kerja.
Mengulas pakatan pilihan raya bersama Muda, Jeyakumar berkata satu pertemuan akan diadakan bersama parti itu untuk memahami sebab mereka memilih menyertai gabungan Muhyiddin.
“Kami akan bertemu dan berbincang dengan mengenai niat serta pandangan mereka,” katanya.
Semalam, dilaporkan 11 parti pembangkang bersetuju membentuk gabungan longgar bertujuan memastikan kerajaan dipertanggungjawabkan serta mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim menunaikan janji reformasi didakwa masih belum dipenuhi.
Menurut Muhyiddin, gabungan itu merangkumi Bersatu, PAS, Gerakan, Pejuang, Muda, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Putra, Berjasa, Urimai, Parti Kemajuan Malaysia (MAP), dan Parti Perikatan Muslim India Nasional (Iman).