Tiada ‘cover up’ siasatan kes Zara Qairina, tegas menteri

Tiada ‘cover up’ siasatan kes Zara Qairina, tegas menteri

Saifuddin Nasution Ismail berkata walaupun berlaku ketidakpatuhan dalam proses awal ia tidak sama sekali menjejaskan integriti siasatan.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan polis tidak menemui sebarang perkara yang didakwa sebelum ini berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir.
KUALA LUMPUR:
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan tiada sebarang unsur ‘cover up’ terhadap kelewatan siasatan kes kematian pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir.

Beliau berkata, walaupun berlaku ketidakpatuhan dalam proses awal, ia tidak sama sekali menjejaskan integriti siasatan selepas Bukit Aman mengambil alih.

Katanya, dakwaan kematian Zara ada kaitan individu berprofil tinggi atau didera dalam mesin basuh juga tidak benar.

“Keadaan itu dah jadi toksik. Saya nak tegaskan setakat ini, tuduhan ‘cover up’ SOP tidak dipatuhi itu tertolak sama sekali. Siasatan polis tidak menemui semua perkara itu.

“Tuduhan mengatakan bahawa kes ini cuba ditutup, cuba dimanipulasi adalah tuduhan yang sangat berat, tidak mencerminkan realiti tindakan pihak berkuasa daripada awal hingga kini,” katanya di Dewan Rakyat.

Saifuddin berkata, dapatan itu adalah berdasarkan hasil siasatan membabitkan 195 saksi yang dipanggil serta beberapa bahan bukti termasuk diari 51 halaman milik Zara diserahkan guru kepada polis.

Zara, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha ditemui tidak sedarkan diri pada 4 pagi, 16 Julai lalu selepas didakwa terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya di Papar, Sabah.

Dia meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I keesokannya.

Jenazahnya digali semula pada 9 Ogos bagi membolehkan bedah siasat dijalankan susulan dakwaan kejadian buli.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.