
Penggantungan Awang Hashim (PN-Pendang) ini menyusuli Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa), yang digantung dua hari.
Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, kata beliau nampak kejadian itu, yang berlaku ketika beliau sedang mempengerusikan mesyuarat, selepas Ahli Parlimen saling berbalas kata-kata.
Johari menambah murid sekolah juga berada di galeri Parlimen, dan kelakuan seperti itu tidak baik.
Pada masa sama, speaker beri amaran kepada Ahli Parlimen supaya jangan melabel PAS sebagai ‘Parti Ajaran Sesat’, atau mana-mana wakil rakyat sebagai ‘kafir’, di Dewan Rakyat.
Kejadian itu dikatakan berlaku selepas Hadi Awang (PN-Marang) ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) membayangkan Kuala Lumpur bermasalah kerana DAP dan rakan-rakan.
Ia membawa kepada Ahli Parlimen saling berbalas kata-kata, dan wakil rakyat pembangkang keluar Dewan.
Beberapa video tular memaparkan Awang membuat isyarat, seolah-olah mencabar pihak lain untuk bergaduh di luar Dewan Rakyat.
Johari kemudian mengarah unit audio dan video Parlimen menyerahkan rakaman kejadian, selepas Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) memohon suatu keputusan mengenai keselamatan di Dewan Rakyat.