
Ahmad berkata kejayaan memuktamadkan rundingan ini memberi isyarat BN-PH bersedia untuk melakukan pecutan bagi menghadapi pilihan raya.
Beliau bagaimanapun enggan beritahu berada kerusi yang diperolehi BN.
“Apa yang boleh diberitahu adalah kerusi bandar milik PH, sama ada DAP atau PKR, manakala BN lebih fokus di luar bandar,” katanya lapor Harian Metro.
“BN berharap persiapan yang dibuat lebih awal dan tersusun ini akan membuahkan keputusan yang baik pada PRN Sabah nanti.”
Pengerusi BN Zahid Hamidi semalam dilapor berkata pengagihan kerusi dengan PH dimuktamadkan tanpa sebarang pertindihan.
DUN Sabah ke-16 akan terbubar dengan sendirinya pada 11 Nov, sekiranya DUN tidak dibubarkan sebelum tarikh itu, seterusnya memberi laluan kepada PRN Sabah ke-17.