Lagi Datuk Seri ditahan berkait skim MBI

Lagi Datuk Seri ditahan berkait skim MBI

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman Muhammed Hasbullah Ali berkata butirannya akan dikongsikan ketua polis negara dalam masa terdekat.

handcuff
Mei lalu, polis memaklumkan 17 individu ditahan dalam kes penipuan pelaburan MBI, dengan jumlah keseluruhan aset dibekukan serta disita RM3.81 bilion.
KUALA LUMPUR:
Polis menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan skim penipuan pelaburan melibatkan MBI International Group (MBI) menerusi Op Northern Star baru-baru ini.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Muhammed Hasbullah Ali, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu termasuk individu bergelar Datuk Seri.

Bagaimanapun, beliau berkata, butiran mengenai hasil Op Northern Star terbabit akan dikongsikan Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail dalam masa terdekat.

Pada 30 Mei lepas, Hasbullah memaklumkan 17 individu ditahan dalam kes penipuan pelaburan MBI, dengan jumlah keseluruhan aset dibekukan serta disita RM3.81 bilion.

Menurutnya, tangkapan itu melibatkan usahawan bergelar Tan Sri dan Datuk Seri dipercayai menjadi proksi serta rakan perniagaan dalam skim penipuan pelaburan itu di sekitar Lembah Klang dan utara tanah air menerusi Op Northern Star.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.